Archive for July, 2008

Azruz : Realiti atau Fantasi?

Posted in pelaburan internet with tags , , , on July 24, 2008 by azruz0630

Salam sejahtera….

Realiti atau fantasi? Sudah tentu ia realiti. Sebuah sistem yang dapat menyamaratakan antara konsep perniagaan dengan keislaman. Sebagai bukti, tiadanya konsep melebih-lebihkan prinsip “orang malas pun boleh buat duit”. Prinsip ini siapa yang ajar? Di dalam al-quran malah mana-mana kitab dari agama lain tidak dapat membukti bahawa dengan tidak berusaha kita dapat juga hasil. Ini konsep yang harus ditolak oleh semua individu di atas muka bumi. Konsep songsang boleh membawa kedurjanaan malah penghapusan konsep bekerja di atas muka bumi ini.

Berkonsepkan mahu menjadi jutawan tidak seharusnya dipelopori dalam minda. Mana pernah jutawan di atas muka bumi ini tidak pernah berusaha. Saya tidak percaya. Sebagaimana yang telah dibandingkan dalam info perbandingan, banyak kajian yang harus dilakukan lagi supaya ia boleh dipakai mengikut konsep keislaman. Sebagai contoh, nilai pulangan untuk individu yang atas. Mana ada konsep sudah bayar, cari beberapa orang, lepas itu duduk dan tunggu duit datang dari langit. Ini konsep jahiliyah. Azruz telah membuktikan bahawa konsep ini sebenarnya sudah melampaui batasan. Tidak seharusnya orang bawah merana sebegitu. Konsep ini telah diguna pakai oleh mana-mana pihak yang inginkan keuntungan besar kepada diri sendiri (syarikat). Cuba kaji betul-betul, bagaimana konsep keislaman yang sebenar.

www.lanuitm.net63.net/id1/utama.html

Azruz:Pelaburan Sama Rata

Posted in pelaburan internet with tags , , , , , , , on July 23, 2008 by azruz0630

Apakah pelaburan maksud sebenar pelaburan? Pelaburan adalah di mana ada individu yang memberi sejumlah wang untuk menstabilkan ekonomi perniagaan serta negara. Selalunya pelaburan ini akan mendatangkan keuntungan kembali (wang yang dilabur dahulu) dalam beberapa minggu ataupun bulan mengikut suasana keadaan.

Pelaburan internet adalah pelaburan di mana orang akan melabur ke dalam sebuah syarikat atau perniagaan melalui internet (secara berdaftar) dan perniagaan ini telah didaftar. Sehingga kini, terlalu banyak pelaburan internet sehingga menimbulkan fatwa di mana sekiranya bukan berada pada konsep keIslaman, orang Islam dilarang berbuat demikian. Akan tetapi, perkara ini harus dikaji kembali kerana konsep “ilham”. ILHAM adalah di mana seorang manusia telah mendapat seruan dari Ilahi. Selepas itu, orang tersebut perlulah menggunakan ilham pada jalan yang benar.

Disebabkan itulah timbulnya Azruz, di mana pelabur-pelabur tidak perlu bimbang sekiranya kita pandang dari info bukti. Semakin tinggi peringkat, semakin berkurang pendapatan seseorang individu. Ini kerana pendapatan ini akan berkurang sekiranya individu tersebut (Peringkat 0) tidak mencari orang. Disebabkan itulah kami menggelarkan “Pelaburan Sama Rata”. Kami terlalu beza dengan pelaburan – pelaburan internet yang lain. Antaranya :-

a) Kami tidak menggunakan konsep Forced Matrix. Mengikut kiraan kami, sekiranya anda mencari orang, ke mana orang itu di sumbatkan. Sekiranya ia diletakkan di bawah individu Level 1, pendapatan anda sudah berkurang. Sekiranya ia besar, itulah dikatakan dalam fatwa “RIBA”. Anda tentu mahu elak dari riba.

b) Kami tidak menyuruh anda menjual barang. Mengikut kiraan kami, sekiranya kami membuat penjualan barang sebagai contoh buku, berapa sepatutnya harga kami tawar kepada anda? Seharusnya tidak mahal. Ini yang berlaku di dalam beberapa pelaburan internet yang lain. Di mana harga yang ditawarkan terlalu tinggi. Kalau tinggi, kenapa anda dapat berkurang? Kalau lebih, itu yang dikatakan fatwa, “RIBA”.

c) Syarikat tidak untung terlalu banyak. Kalau anda mahu bukti, kami boleh paparkan bukti pendapatan syarikat. Kami hanya mendapat 10% dari jumlah sebenar. TIdak banyak pun. Kalau anda beri RM 20, kami hanya dapat RM 2 sahaja. Selebihnya kami beri kepada pelabur baru (RM 10) serta pelabur-pelabur sebelum itu. Tetapi, pelaburan lain kalau kita kira betul-betul, kita jadi jutawan, tetapi mereka hartawan (billionaire).

Kita (rakyat Malaysia) tidak pernah berfikir sebegini. Ini kerana kesempitan kewangan. Pernah tidak anda terfikir, kenapa diri anda masih rasa tidak puas hari dengan kekayaan? Orang miskin sebenarnya mereka berasa Alhamdulillah, tetapi sebahagian orang kaya (bakhil, bongkak) tidak puas hati dengan kekayaan mereka. Kenapa? Kalau difikirkan kembali, duit yang anda cari itu, asalnya dari mana. Kenapa kita tidak pernah terfikir?

Emmm….Sebab itulah kami timbulkan pelaburan sebegini untuk menolong masyarakat seperti kelas bawah sehingga kelas sederhana. Termasuk pelajar universiti. Kami ingin menolong anda. Selain dari itu, setelah dapat sedikit keuntungan, kami bercadang untuk membina sebuah kedai sehingga bertaraf pasar raya. Ini adalah perancangan syarikat. Ini semua untuk membantu anak-anak yang kurang upaya. Dan membetulkan prinsip pasar raya. Ketidakseimbangan ekonomi pasar raya adalah berpunca dari orang atasan yang mahu untung berlipat kali ganda. Sekiranya anda bantu kami dengan sukarela, kami akan bantu anda dengan sukarela selepas itu.