Azruz : Realiti atau Fantasi?
Salam sejahtera….
Realiti atau fantasi? Sudah tentu ia realiti. Sebuah sistem yang dapat menyamaratakan antara konsep perniagaan dengan keislaman. Sebagai bukti, tiadanya konsep melebih-lebihkan prinsip “orang malas pun boleh buat duit”. Prinsip ini siapa yang ajar? Di dalam al-quran malah mana-mana kitab dari agama lain tidak dapat membukti bahawa dengan tidak berusaha kita dapat juga hasil. Ini konsep yang harus ditolak oleh semua individu di atas muka bumi. Konsep songsang boleh membawa kedurjanaan malah penghapusan konsep bekerja di atas muka bumi ini.
Berkonsepkan mahu menjadi jutawan tidak seharusnya dipelopori dalam minda. Mana pernah jutawan di atas muka bumi ini tidak pernah berusaha. Saya tidak percaya. Sebagaimana yang telah dibandingkan dalam info perbandingan, banyak kajian yang harus dilakukan lagi supaya ia boleh dipakai mengikut konsep keislaman. Sebagai contoh, nilai pulangan untuk individu yang atas. Mana ada konsep sudah bayar, cari beberapa orang, lepas itu duduk dan tunggu duit datang dari langit. Ini konsep jahiliyah. Azruz telah membuktikan bahawa konsep ini sebenarnya sudah melampaui batasan. Tidak seharusnya orang bawah merana sebegitu. Konsep ini telah diguna pakai oleh mana-mana pihak yang inginkan keuntungan besar kepada diri sendiri (syarikat). Cuba kaji betul-betul, bagaimana konsep keislaman yang sebenar.